Sunday, December 9, 2012

Harimau Malaya

Assalamualaikum wbt.

"Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
 Selamanya!!! Selamanya!!! Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!"



Haaaaa, awal-awal entri lagi dah menyanyi kan? Bercakap pasal Harimau Malaya, aku baru je lepas tengok depa lawan dengan Thailand. Sedikit kecewa tatkala Thailand menyamakan kedudukan di minit ke-70. Ada gaya penyampai berita sukan tak? Tapi takpalah, selamat berjuang wahai HM, doaku sentiasa mengiringi langkah kalian. Baru separuh akhir pertama, nanti lawan kat Thailand, buat betul-betul okay? Walaupun Wan Zack Haikal merangkap kawan masa sekolah menengah tak main, dan walaupun itu merupakan salah satu penyumbang kekecewaan aku, kuatkan semangat hangpa. Mesti korang tak cayakan bila aku tetiba ngaku si Zack kawan aku? Hakikatnya, aku tak menipu. Semuanya benar belaka.



Actually, kami satu sekolah masa form one kat SMK Kuala Lanar. Di sanalah segalanya bermula. Zack kelas Progresif, aku kelas Arif. Zack kelas khas untuk budak sukan, aku kelas rancangan khas. Kami tak rapat, tapi saling mengenali. Sebab aku rapat jugak dengan budak sukan. Sebenarnya aku bercinta dengan salah seorang kawan dia. Hahaha, form one dah berkapel. Okay itu cerita lama. Tak perlu nak ungkit, sebab masa tue zaman jahiliah aku. Tak serius pun okay, dan maafkan aku wahai si dia yang sangat baik budinya, takda jodoh antara kita. Harapan aku, kat mana pun kau berada, apa pun kau buat, semoga kau berjaya dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Ketahuilah, aku sangat menghargai persahabatan antara kita. Cuma aku tak mampu nak teruskan hubungan kita, macam dulu. Maafkan aku sebab tak dapat approve kau kat FB. Aku belum bersedia sebenarnya, entahlah kenapa. Mungkin sebab aku dihantui rasa bersalah, apapun sebab kita clash, aku ada alasan tersendiri. Dan aku tak berniat nak lukakan hati sesiapa. Sedangkan keadaan aku masa tue, langsung kau takkan dapat bayangkan. Semuanya aku terima dengan redha, ada hikmah semua tue kan. Harap kalau kau terbaca entri aku, kau dapat maafkan aku. Aku sayangkan kau sebagai kawan yang tersangat baik, cuma keadaan takkan sama macam dulu. Mana mungkin aku lupakan kau yang dah banyak mengajar aku tersenyum, dan kau sangat menghargai aku. Semoga kau bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk kau. Amin.

Haiiiihhhh, kan dah tetiba jadi sedih aku nie. Okay, dah dah kita cerita pasal lain pulak. Khamis nie, 13 Disember separuh masa kedua pulak. Aku doakan Zack pulih daripada injured dan dapat beraksi untuk perlawanan dengan Thailand nanti. Amin. Sama-sama doakan tau? Juga untuk yang lain-lain, semoga mempamerkan aksi yang cemerlang nanti. Aku dah terjerit-jerit dah tadi, sampai masa masak nasi goreng pun dah tak fokus dah. Tangan potong bawang, mata kat tv. Bahaya bahaya, jangan tiru aksi ini.

Okaylah, sampai sini coretan aku kali nie. Nanti kita bertemu di entri yang lain k, babai!

No comments:

Post a Comment