Wednesday, December 26, 2012

Rezeki Allah

Assalamualaikum wbt.

Hello, yuhuuu, heyha! Bertemu kita kembali. Maafkan aku kerna sengaja mencipta suasana usang di blog kesayangan aku nie. Aku sedikit sibuk dengan urusan dunia ( takda mood, sebenarnya). Ya, aku dalam proses membaiki mood aku yang serba tak kena. Sekali lagi, aku mohon maaf. Banyak sangat hal yang tidak terjangka berlaku. So, tiap kali aku nak taip entri, mood aku terumbang-ambing. Daripada aku merepek tak tentu pasal, baik aku senyap, tak payah update pape. Silent mood. Hehe.

Alhamdulillah, aku ada berita baik nak aku kongsikan dengan kalian. Aku baru dapat panggilan daripada Pengetua SMKPGAS, Cikgu Syed. Aku dapat offer jadi guru ganti lagi. Yehaaaaaa, yippieeeee!! Akhirnya aku masih boleh menjana pendapatan lagi sampai bulan Mac. Sampai result intake degree keluar. Eh? Nak sambung degree ke? In shaa Allah. Dalam perancangan. Tengoklah keadaan hati aku nak sambung ke tak. Biarlah masa yang menentukan. Almaklumlah, hati manusia sentiasa berbolak-balik.

Aku pun tak kisah sebenarnya even jadi cikgu ganti pun. Seronok ape mengajar. Lagipun SMKPGAS, sekolah lama aku, cikgu-cikgu kat situ pun dah ramai kenal, so takda masalah nak bekerjasama. So, hari jumaat nie aku dah perlu menghadirkan diri ke mesyuarat bersama guru-guru. Minggu depan dah nak sekolah dah. Subjek apa yang bakal aku ajar, waallahualam. Akan aku ceritakan nanti.