Tuesday, December 11, 2012

Rabak

Assalamualaikum wbt.

Bertemu kembali kita malam nie. Seperti biasa, tajuk entri aku malam nie kedengaran agak sadis. Sebenarnya hati aku yang rabak. Rabak tengok gambaq orang nikah. Ada ke patut? Tak elok aku berperasaan begini. Ish ish ish... Maafkan aku kerana gagal mengawal perasaan. Sepatutnya, aku tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan. Amin ya rabbal alamin. Dan semoga Allah mempertemukan aku dengan jodoh yang dapat membimbing aku, Amin ya rabbal alamin. Eh? Tetiba plak.

Kadang-kadang terfikir, sempat ke aku nikah? Sempat ke bertemu seorang bakal imam, bersama-sama mengemudi pelayaran rumahtangga? Mak aih keluaq dah ayat sasterawati kampung. Aku serius nie. Bukan desperate nak nikah, cuma lebih kepada perancangan masa depan. Umur bukan makin muda bhai! Next year aku dah 22 tahun, diulangi 22 tahun. Aku bukan budak belasan tahun dah. Aku dah nak masuk fasa jadi bini orang dah, kawan-kawan dah ada yang jadi mak orang beb! Soalan-soalan cepumas acapkali kedengaran tatkala aku ke mana-mana majlis pernikahan kawan-kawan. Kadang-kadang sampai penat nak menjawab. Sejujurnya, hati tersayat nak inform kat depa-depa yang asyik bertanya, " Sebenarnya saya takdak calon nak buat laki lagi, makanya lambatlah lagi saya punya majlis".

Mentang-mentanglah aku yang sulung, tunggal perempuan pulak, tambah cucu sulung, ramai suruh nikah awal-awal. "Makcik dan pakcik, kalau saya ada calon, dah kerja, cukup ilmu segala, nikahlah saya nanti. Sabar ea?". It is only the matter of time lah brader! Dah kompem, dah dekat majlis, saya kasi kad. Jangan risau, satu kampung saya ajak. Ocayyyyy? Berilah aku sedikit ruang dan masa lagi, takkan aku nak pakai rembat je sesapa nak jadikan suami, Ye dop?

Rabak wei hati orang asyik tanya bila nak nikah. Sampai kadang-kadang mengalir jugak mutiara jernih di pipiku yang gebu nie. Tsk tsk tsk... Nak kata apa, jodoh kawan-kawan awal makcik pakcik. Jodoh saya belum sampai lagi. Itulah membujang trang tang tang nie. Yela, dulu time serius, ada je jadi penghalang. Sampai tahap aku booo layan, hangpa duk sibuk-sibuk risau memikirkan jodoh aku awatnye? Kan dah terkeluaq loghat Kedah sesat aku nie. Adakah disebabkan aku acapkali berloghat Utagha, jodoh aku orang sana? Atau dia bekerja di Utagha? Jeng jeng jeng... 

Buat yang sentiasa prihatin, nak tolong carikan calon pun ada, mekasih bebanyokk. Sangat-sangat menghargainya. Tapi apapun, sebelum nak kasi nombor aku kat orang, inform aku dulu aih? Jangan main bagi je, tak sesuai I rasa uollsss. Sekali terkeluar ayat gewdikkan? Aku tak marah, cuma terkilan. Apalah salahnya berterus-terang. Kalau awal-awal dah menipu, tak mustahil akan menipu lagi di kemudian hari kan? Renung-renungkanlah dan selamat berfikir dengan jayanya.


*Awak, terima kasih call malam tadi. Sebak rasa hati, apakan daya. Jodoh kita takda :)


No comments:

Post a Comment