Tuesday, November 27, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Actually aku masih di Pahang, bukan di Dungun. In Shaa Allah, esok pagi baru aku gerak ke Kuantan dulu. Then, baru ke Dungun. Maybe sampai Dungun, petang. Diharapkan penumpang tak ramai, hahaha! Macam bas ayah aku pulak kan? Aku lebih selesa dengan keadaan bas yang tak ramai orang. Lagi-lagi kalau sebelah aku takda orang. Heaven rasa!

Sebenarnya perasaan aku bercampur baur. Seronok, teruja, takut semua ada. Terkilan pun sama. Sebab aku tak dapat grade dengan 3.0 pointer. Bukan aku tak bersyukur, tapi aku tak dapat nak nafikan perasaan terkilan aku. Aku tak perform masa semester 1 dengan 2. Menyesal pun takda gunakan? Bukan banyak main, cuma aku kadarkan diri. Aku sedar kemampuan aku setakat mana. Sekurang-kurangnya aku jujur.


Macam aku update kat FB semalam. Yela, daripada kau menipu, meniru/ bawak buku masa test. Assignment bagi bf/ gf kau buat. Then, masa exam, boleh text member yang dah keluar untuk tanya jawapan. Apa kau ingat aku tak tau? Bukan aku jeles, buat apa nak jeles bagai bro? Aku rugi dunia je, urusan kau dengan Allah kau settlelah sendiri. Thanks for those yang setuju dengan statement aku semalam. Kau sentap? Sendiri kena sengat, sendiri cari ubatlah bro. Betul apa statement aku. Ramai yang setuju.

Dalam seronok-seronok fikir pasal konvo, kemas-kemas baju semua, teringat kat arwah ayah. Bukan bermakna hari nie je aku teringat kat arwah. Aku sentiasa ingat, cuma aku jarang exposekan perasaan nie. Kan best kalau ayah pun ada masa aku konco. Okay, jangan risau. Aku tak nangis. Tadi je mata berair. Teremosional seketika. Aku biasalah, bab-bab pendam perasaan nie memang kerja aku. Life must go on kan? Aku mesti tabah. Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya. Kalau tak, takkan aku mampu bertahan dengan setiap kehilangan. Aku tau, aku kuat :)

Okay, sampai sini dulu. Aku nak kemas barang lagi sikit. In Shaa Allah, akan aku kongsikan gambar-gambar sepanjang konvokesyen aku dalam entri yang akan datang. Selamat bergraduasi buat rakan-rakan.

2 comments: