Sunday, December 2, 2012

Officially Graduated, ILY Dungun

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harap kalian sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Alhamdulillah, aku baru selamat sampai dari Dungun semalam. Dalam pukul 10 plusplus malam.  Penat memang penat, tapi aku rela penat sebab nak attend wedding kawan punya pasal.

Okay sebelum aku rancak bercerita tentang bab nikah kahwin nie, izinkan aku share gambar-gambar aku di Dungun tersayang. Mohon jeles, haha :)












Di atas merupakan gambar-gambar aku kat Dungun, sebelum family aku sampai. Apa lagikan, spend time kat tepi pantai selagi ada masa. Kebetulan Mayang Sari tempat aku menginap, depannya jelas kelihatan pantai yang cukup menjadi kebanggaan kami, alumni UiTM Dungun. Tempat layan feeling gittuw :) Bila lagikan, tah bila lagi sampai ke Dungun. 

Then, malam 30 November baru family aku sampai. Lepas depa siap mandi, solat semua, kami dinner kat Mayang Sari jugak. Dah malas nak keluar bagai, kedai mesti full punya. Jalan selamat, makan jela kat situ. Makanan pun bukan mahal sangat. Sekali-sekala kan?



Finally,alhamdulillah inilah hasilnya penat lelah aku selama tiga tahun kat Dungun. Suka duka, pahit manis, ketawa menangis aku berbaloi. Terima kasih untuk semua yang sentiasa menyokong aku, terutama ibu, ahli keluarga yang sentiasa bagi semangat, even bukan semua ingat kat aku, pensyarah-pensyarah tersayang, dan kawan-kawan yang cukup aku sayangi. 

Actually, gambar curi nie aku langsung tak terlibat ea. Nie mama ngan ibu punya kerja. Semasa istiadat diadakan, kamera semua tak boleh guna sebab jurukamera yang bertauliah telah disediakan. Haaa, amik kau ayat skema.

This is for you ibu, thanks for coming. Even syahdu tengok orang lain, mak ayah depa datang bagi bunga, hadiah semua, tapi still kena kuatkan semangat. Ada orang yang lebih susah daripada aku, takdak mak ayah langsung, kan? Alhamdulillah, thanks again semua. Hanya Allah yang mampu balas segalanya.

Aku nak mintak maaf kalau ada yang aku tak sempat nak tegur, nak spend time together lama-lama. Sejujurnya aku memang ada kecik hati dengan dua tiga orang batch aku, yang aku perhati, lepas sambung degree, aku tegur pun buat derk je. Pelik aih, even aku memang maklum dengan perangai kau sebelum-sebelum nie. Takpelah, tapi pesan aku, belajar tinggi-tinggi tak guna kalau lupa diri.

Okay, sebelum mengakhiri entri nie, aku nak ucapkan tahniah untuk semua sahabat yang bergraduasi. Semoga kita ada rezeki untuk bertemu lagi, Amin. InsyaAllah. Lastly, terimalah gambar semasa aku on the way balik Pahang.







Thank you ibu for this teddy <3








No comments:

Post a Comment