Monday, November 26, 2012

Bekas

Lain macam je kan tajuk entri nie? Bekas? Bekas makanan atau bekas apa yang aku maksudkan? Okaylah, sebenarnya entri nie takda kaitan yang bekas makanan. Apa yang aku maksudkan ialah, bekas kekasih. Aku ulang, bekas kekasih. Takkan aku nak menipu aku tak pernah berkasih, takda bekas kekasih. Sememangnya ada. Aku baru jumpa salah seorangnya, semalam.

Okay, mesti korang kata aku nie banyak bf. Tidak. Aku pernah serius dengan dua orang je. Tak dinafikan aku memang berkawan dengan ramai lelaki. Tetapi sekadar kawan. Kalau nak cerita pasal cinta monyet zaman sekolah memang ada. Tapi bila aku fikir balik, aku tak serius pun. Maafkan aku duhai mereka-mereka yang pernah aku lukakan. Ini bukan statement bajet HOT aku, aku dengan rendah hati memohon maaf. Zaman kebodohan masa aku bercinta seawal form 1. Ini serius.

 Dah 21 tahun nie, fikir balik aduhai banyak dah aku membuang masa dengan cinta yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Aku bukan menyesal, semua proses yang pernah aku lalui, sebagai pengajaran. Ini takdir Allah untuk aku. Yang baik semua daripada Dia, yang buruk kelemahan aku sendiri. Berbalik pada tajuk entri, actually semalam aku baru terserempak dengan si dia yang pernah bertakhta di hati aku nie. Okay, bukan sekadar pernah, masih sebenarnya. Ikutkan aku memang awal-awal dah nampak si dia, tapi cepat-cepat aku larikan pandangan aku. Buat-buat tak nampak. Aku tahu, jauh mana aku berlari, terjelepok sekali pun, akan jumpa jugak dengan dia. Dah nama satu sekolah, satu negeri. Lainlah dia duduk Sarawak ke, Singapura ke. Kan? Bumi Allah nie memang luas, tapi tak mustahil untuk kita bertemu dengan orang yang sama dalam tempoh tertentu? Betulkan aku, kalau aku salah.

 Dah lama aku sedar akan hakikat nie. Sebab tue, kalau terjumpa sekali pun, aku cuba untuk profesional. Aku dengan dia dalam proses untuk perbaiki balik hubungan kami. Bukan couple balik maksud aku, bersahabat balik macam dulu. Dia pun sebenarnya kawan yang paling baik dengan aku. Ditakdirkan kami pun berkasih. Dan berpisah dengan tragisnya. Tak perlulah aku ceritakan kenapa kami berpisah, masing-masing ada kelemahan. Dah lama kami tak berhubung sebenarnya, sampailah dia contact aku semula kat FB. Dah lama kerja dia menstalk aku rupanya. Disebabkan perkara stalk nie jugak, aku cukup berhati-hati nak approve sesiapa yang add aku kat FB. Berjaga-jaga kata orang.

Alhamdulillah, hubungan kami di tahap okaylah sekarang. Tak rapat, tak bermasam muka. Sebab aku faham, dia ada hati yang perlu dijaga. Aku pun takda nak harap lebih-lebih. Aku ingat aku buat tak nampak, dia pun tak nampaklah aku nie. Tetiba ditegurnya aku dari belakang. Aku ingatkan ex-student aku. Rupanya si dia. Memang terkejut. Tapi nama pun kawankan, kita tegurlah dia baik. Aku pun penat lah bermasam muka dengan dia. Bertahun aku memendam rasa kot. Dari zaman aku SPM sampai leni bak kata orang Ganu. Aku cuba perbaiki hubungan dengan dia. Sebab dia pernah jadi sebahagian daripada hidup aku.

 Betul, kadang-kadang usia mematangkan kita. Aku suka duduk sendiri-sendiri, fikir balik apa yang aku dah lalui. Belajar daripada pengalaman. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia kan. Aku doakan dia sentiasa bahagia, dilindungi Allah SWT, dan paling penting cepat-cepat kahwin! Amin.

No comments:

Post a Comment