Saturday, December 15, 2012

Selamat Bertunang Sayang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, salah seorang ex-roommate ku, Ida ku sayang telah selamat bergelar tunangan orang usai solat Jumaat tadi. Tahniah untuk title baru anda. Ain tumpang gembira. Seribu kemaafan Ain mohon atas ketidakhadiran di majlis pertunangan Ida. In shaa Allah, Ida nikah nanti Ain akan cuba datang k. Mana tau masa tue, dah ada orang yang nak temankan. Kehkehkeh... Kat bawah nie lah Ida, atau nama sebenarnya Norhanidah Akma Mohamad Zakaria.


Sorry, gambar majlis pertunangan tak dapat aku kongsikan, sebab tuan empunya badan tak upload lagi. In shaa Allah, dah ada nanti aku share k. Semoga berkekalan, dan cepat-cepatlah nikah, suke suke suke! Aku pulak yang over kan? Aku cuma tumpang berbahagia dengan kebahagiaan kawan-kawan tersayang. Jodoh depa dah sampai dulu. Aku sebagai kakak yang sulung, harus melepaskan adik-adik dulu. Wahhhhh, tetibakan? Langkah bendul namanya tue. Takpa, mana yang dah ada, jangan tunggu lama-lama. Langsungkan dulu okay?

Alkisah, aku dengan si Ida nie satu kos, satu batch, tapi tak pernah rapat since part one until part 4. Tapi masuk je part five, kami sebilik. Startlah kami rapat, sampai part six sebab satu bilik lagi masa praktikal. Mula-mula macam susah nak rapat, tapi dah nama perangai gila-gilakan? Aku pun menggila sekali dengan dia. Dah memang jenis aku, akan rapat dengan orang-orang yang sekepala. Manyak syiokkk okay zaman diploma bersama mereka-mereka yang kepala senget macam aku nie. HAHAHA :)

Masa konvo aritue dah dia inform awal-awal nak bertunang. Ada ex-roommate kiteorang sorang lagi, si Tirah tak caya. Sebabnya Ida nie, muka dia memang muka orang tak boleh nak agak, dia betul-betul maksudkan atau sekadar bergurau. Aku pun mula-mula susah nak caya, tapi lama-lama aku tau dia tak menipu. Semoga wabak rumahtangga merebak dengan jayanya dalam kalangan batch aku, Amin. Mana tau giliran aku ke pasnie? Eh? Tetiba..

Sekiannnnnn....


No comments:

Post a Comment