Thursday, December 13, 2012

Bukan Rezeki Kita

Assalamualaikum wbt.

Aku tau, semua orang tengah dok memaki referee yang mengadili perlawanan antara Harimau Malaya dan Gajah Putih tadi. Chill guys, aku pun geram, marah semua. Tapi tak perlu untuk kita saling bermakian, kalah menang adat bertanding. Bukan si harimau gagah tak berusaha, cuma rezeki tidak berpihak pada kita kali nie. Masih ada ruang waktu untuk kita terus mengasah langkah. Tak perlu marah-marah, walaupun hakikatnya aku sendiri sebak. Cukup sebak sebenarnya sampai tak mampu nak mengalirkan airmata.

Tertarik aku dengan status sepupu kesayanganku, si Aiman. Katanya, " Marah itu sesuatu yang bagus. Tapi sabar itu sepuluh kali lebih bagus". Percayalah, ini semua takdir Ilahi. Dia sedang merencana yang terbaik untuk skuada negara kesayangan kita. Hidup perlu positifkan? Selamanya Harimau Malaya juara di mata kita. Tahniah untuk semua pemain, kalian awesome. Kalah kita bermaruah. Untuk Zack, get well soon.


Tambah membuat aku sebak, tatkala melihat mata si abang kacak bergaya, Farizal Marlias yang mengingatkan aku kepada indahnya mata seseorang. Seseorang yang dulunya, tempat bersandar kasih, tempat mengadu itu ini. Ye sayang, saya sangat merindukan anda. Semoga berbahagia di samping-Nya, yang kasih sayangnya lebih agung berbanding kasih sayang daripada diri ini. Semoga diri ini terus tabah. Kasih sayangmu mekar sepanjang hayat.


Al- Fatihah buat Hafizi Abd Halim.


No comments:

Post a Comment