Wednesday, December 12, 2012

Sekadar angkakah?

Assalamualaikum wbt.

First, thank for those yang sudi meluangkan masa membaca segala coretan aku, yang tiada istimewa, suram barangkali. Apapun, aku harap kalian sentiasa dilindungi Allah SWT. Aku tau, semua dok sibuk bercakap pasal 12/12/12. Yea, hari nie. Tarikh lawa kata orang. Di kesempatan yang ada, selamat hari lahir buat yang menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang comel nie. And untuk baby yang lahir pada tarikh 12/12/12, selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba. Hati-hati ea sayang, banyak jalan berliku. 

Pada aku, mungkin juga pada korang semua, tarikh nie cuma sekadar angka. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang membangkang. Persetankan itu semua, masing-masing ada pendapat sendiri. Tak terkecuali aku. Ada yang ambil kesempatan nak propose awek, mungkin. Tarikh lawa katakan. Buat apa propose jadi awek, jadi bini teruslah bro! Baru hebakkkkk! Apa tunggu lagi, daripada hidup bergelumang dosa, baik bina hubungan yang halal, yang terjamin, paling penting yang diredhai Allah SWT.

Tertarik aku pada status salah seorang kawan di FB, tarikh cantik nie dia terlepas lagi. Do not worry sista, bukan rezeki kita, bukan jodoh kita lagi. Allah sedang merencana yang terbaik. Lagi pula 12/12/12, hari rabu, mungkin sesuai untuk majlis pertunangan, majlis pernikahan tak sesuai. See, Allah punya perancangan memang terbaik. Kita je tak sedar, merungut banyak. Bersyukurlah, sementara masih ada peluang. * Pesanan untuk diri sendiri.

Apapun, 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Aku bersyukur untuk semua yang berlaku pada tahun nie. Ada yang baik, ada yang buruk. Suka duka ada belaka. Yang baik kita simpan, jadikan teladan. Yang buruk jangan dibuang, tapi perbaiki, jadikan tauladan. Tahun nie, alhamdulillah aku dah grade. Grade on time walaupun pernah sangkut satu paper masa part 3. Tahun nie jugak, aku dapat pengalaman baru, dapat jadi guru ganti. Aku dapat kenal macam-macam orang, macam-macam ragam aku dapat belajar.

Aku terfikir, bila lagi dapat jumpa geng RDC? Errr, mungkin bukan semua, some of them. Yang aku cukup sayang. I am happy for our convocation, even bukan semua dapat grade sama-sama, but I am so sad about our friendship. Banyak yang dah berlaku dan merubah segalanya. Ada yang terus menghilangkan diri. Yatt, kalau Yatt terbaca entri nie, please contact Ain. Tak kisahlah kat FB, through phone sekalipun. Ain faham apa yang Yatt lalui, tapi Ain harap Yatt tak terus menjauhkan diri. Ramai lagi kawan-kawan yang sayangkan Yatt.

Hampir terlupa, 14 Disember nie salah seorang ex-roomates dah nak bertunang. Alhamdulillah, dan untuk Ida, Ain tumpang gembira untuk Ida. Maaf, Ain tak dapat hadir untuk majlis pertunangan, tapi majlis nikah nanti Ain cuba k? Mana tau masa tue dah ada yang nak bawak ke sana :D. In shaa Allah, amin. Makin ramai kawan-kawan yang meniti ke titian rumahtangga. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira untuk kalian semua. Bukan senang nak jumpa orang yang betul-betul serius sayangkan kitakan? Tsk tsk tsk....

Yang pasti, tahun depan mungkin lebih banyak undangan perkahwinan akan aku terima. Dan, makin ramai yang akan bertanya soalan cepumas pada aku. Mungkin aku boleh tukar corak jawapan kepada " Saya tak pergi kursus kawin lagi". Okay jugak kan? Hakikatnya, memang aku tak pernah menghadiri kursus tersebut lagi. Bukan belum ready, tapi takda kesempatan. Mungkin tahun depan? Siapa tahu.

Okaylah, sampai sini dulu coretan aku kali nie. Nak berfacebooking pulak. Babai :)




No comments:

Post a Comment