Wednesday, December 12, 2012

Bahagia itu perlu dicari

Assalamualaikum wbt.

Apa habaq aih kawan-kawan semua? Dah makan malam? Wahhhh, soalan lagak seorang awek sedang mengajukan soalan terhadap seorang pakwe. Tak gitu? Tak kisahlah kan, itu tanda ambil berat tanpa mengira bangsa, usia, dan darjat. Alhamdulillah, aku baru selesai menghabiskan satu set chicken chop. Sedappppp wei, sekali sekala makan western food. Beli je pun, nak buat sendiri, takda orang nak support beli barang. Tengoklah nanti try buat sendiri pulak. Ilmu dah ada, so haruslah menggunakan dengan sebaik mungkin.

Aku sebenarnya sedang berfikir nak berbicara soal apa malam nie. Haaaa, malam nie kita bebas untuk berbicara mengenai apa saja. Dan aku tertarik dengan status bekas student aku ( Eceeeeh!). Katanya " Kita ada cara masing-masing untuk rasa bahagia". Menarik, dan aku tertarik dengan status tersebut. Kasi like sekali! Aku setuju dengan apa yang ex-student aku katakan. Mungkin sesetengah orang, rasa bahagia bila bercinta, dan ada yang rasa bahagia bila hidup single. Izinkan aku menjadikan diri aku sendiri sebagai contoh untuk setiap penceritaan. Itu lebih baik, untuk mengelakkan anda, anda, mungkin juga anda terkesok hati.

Kadang-kadang, aku tanya diri aku sendiri. Bahagia ke aku dengan jalan yang aku pilih sekarang? Mungkin kalian tertanya-tanya, jalan apa yang aku pilih. Sekarang, saat nie, aku lebih senang bersendiri. Erti kata lain, tanpa bergantung kasih pada seseorang yang aku gelar "Kekasih". Bukan aku takda perasaan nak bercinta segala. Untuk apa aku menafikan sedangkan itu lumrah seorang yang bernama manusia. Kadang-kadang sunyi mak aih, tengok hp takda pun orang nak mesej. Maksud aku, seseorang yang istimewa mesej. Time tue jugak, hati menempelak diri sendiri, " Dulu ada, kau jual mahal". Sesungguhnya, aku bukan jual mahal, sebab aku bukan barang untuk di jual beli. Aku ada alasan tersendiri kenapa aku lebih senang menjalinkan hubungan sebagai kawan dengan mereka yang bernama lelaki.

Guys, aku sebenarnya pernah menunggu seseorang. Lama, cukup lama. Tup tup, aku tengok dia dengan orang lain. Aku kenal dia dari zaman Friendster masih menjadi kebanggaan. Zaman aku baru habis SPM. Dia selalu tegur, komen kat wall FS. Masa tue semua tengah sibuk share dapat masuk IPTA mana. Dan dia salah seorang yang cukup rapat dengan aku. Selalu mesej. Kadang-kadang call. Aku dah pernah meluahkan perasaan pada dia. Tapi katanya, dia tak ready dan taknak terikat dengan sesiapa. Tapi agak-agaknya, apa perasaan kau bila kau dapat tau, dia dah ada yang lain? Sedangkan dia pernah cakap, dia tak ready. Okay, aku terima. Bukan salah dia untuk jatuh cinta. Aku yang salah sebab tunggu dia. Aku dah jarang tegur dia dekat alam maya, mesej segala. Itu, dulu. Sekarang kami okay. Aku perlu positif untuk terima kenyataan. Dan hasilnya, aku bahagia dengan cara aku nie :).

"Bila ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini"

Kau tau kan, penantian satu penyeksaan. So, aku dah belajar untuk stop dengan semua yang berkaitan dengan menunggu. Sebab, itu semua memenatkan, lagi-lagi kalau yang langsung tak memberi manfaat pada kau akhirnya. Maka, singlelah seorang aku, selama empat tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seorang aku. Mungkin tak lama bagi sesetengah orang. Satu tempoh yang mengajar aku untuk belajar bermacam-macam perkara. Belajar untuk hidup berdikari, belajar untuk lebih berhati-hati, belajar untuk menghargai, dan bermacam-macam lagi. Semua tue, cukup berharga, sangat-sangat berharga. Ada sesiapa yang sudi mengisi kekosongan hati? Wah wah wah, buat iklan pulak. Sila amik nombor giliran :D Sebenarnya, tak rugi pun untuk kau berstatus single. Seriussss. Kau boleh belajar manage diri kau sendiri. Semua orang nak baik untuk diri dia kan? So, selagi ada masa untuk hidup single mingle pringle macam aku nie, try slow-slow ubah diri. Mana tau , nanti jumpalah yang sesuai untuk membimbing diri.

Setuju tak dengan " Kita ada cara masing-masing untuk bahagia" ? Cuma terpulang pada kita, memilih cara untuk kita berasa lebih bahagia. Aku sendiri sedang mengatur langkah untuk bertemu bahagia aku. Sama-sama doakan okay? Yang penting, jangan terlampau pedulikan kata nista orang lain, jadi diri sendiri, ikut kata hati, dan jangan lupa minta petunjuk Allah SWT. Dia maha memberi, dan tak pernah jemu memberi apa yang kita sebenarnya perlu :)

"Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi"

Sekian.






No comments:

Post a Comment