Wednesday, December 5, 2012

Rindu Menjengah Lagi

Assalamualaikum wbt.

Hai, apa habaq semua? Harap kalian sihat semuanya. Aku, alhamdulillah. Masih diberi kesempatan bernafas, menghirup udara kurniaan Allah SWT. Maafkan aku kerana tak berbicara di blog semalam. Tetiba lappy jammed taktau pasaipa. Berukband boleh connect, tapi takleh access internet. Disebabkan dekat dua jam aku melongo tunggu, aku terus off lappy, tidur. Lagi baguskan, daripada menunggu buat sakit hati.

Berbalik kepada tajuk entri, aku sebenarnya sedang merindui seseorang. Seseorang yang telah lama pergi, yang pernah dekat dihati, dan sentiasa ada di hati aku. Kadang-kadang rindu yang melanda sampai badai taufan melanda diri. Tanggung taufan sengsorang, aku tak suka nangis depan orang. Biarlah aku cool sendiri. Sebab apa yang aku alami, hadapi, rasai takkan ada yang faham. Melainkan kau berada di situasi aku jugak. 

Dah lama semua nie sebenarnya, bab-bab pendam perasaan, nangis sengsorang ( aku tak gila, okay) memang aku juara. Bukan sebab taknak orang kata kita lemah, sebab aku taknak ada yang susah hati tengok aku nangis. Pengalaman mengajar aku untuk kuat untuk berhadapan dengan apa-apa yang bakal berlaku. 


"Andai daku dapat kugenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku"


Sesungguhnya, aku taknak berterusan macam nie. Kau nampak aku senyum, aku gelak. Kau nampak aku tabah. Tapi kau tak nampak keadaan hati aku. Astaghafirullah al azim. Kadang-kadang aku rasa, aku nie tak bersyukur dengan nikmat Allah SWT kasi. Dia bagi aku kekuatan, dia bagi aku peluang merubah kehidupan aku, dia bagi aku tersenyum lagi. Ampunkan aku Ya Allah, banyak dosa aku. Yang sedia ada dah tak tertanggung.

Si dia yang aku rindui, dah lima tahun meninggalkan aku. Sejak tue, hidup aku memang banyak berubah. Nak kata hilang arah pun ada. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku. Aku redha. Allah lebih sayangkan si dia, lebih daripada kasih sayang aku. Aku belajar untuk redha, sejak pemergian arwah ayah lagi. Even masa tue, umur aku baru menginjak ke usia 11 tahun. Ayah, sesungguhnya Ain juga merindui ayah. Rindu sangat-sangat. 

Susah aku nak tafsirkan perasaan aku sendiri. Disebabkan itu juga, aku jadi pemendam. Lebih suka memerhati, walaupun adakalanya agak sinis dalam berkata. Dan itu penyebabnya juga, aku kadangkala hanyut dalam perasaan aku sendiri. Emo tak tentu pasal. Acapkali aku terkenangkan si dia. Si dia yang sentiasa menjadi kesayangan aku. Yang manis dengan senyumannya. Dan, seandainya aku masih diberi peluang bertemunya, aku akan sentiasa memilih dia. 

"Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang"

Mungkin ada mulut-mulut yang berkata, "Alah, cinta monyet je, apalah sangat". Aku tak berkasih dengan monyet. Mungkin kau yang berkasih dengan monyet agaknya. Kalau tak pernah menyayangi, kau tak akan tahu rasa disayangi tue macamana. Kami berkasih, walau ada halangan, dan pernah merancang untuk berkahwin sebenarnya. Namun, Allah lebih bijak merancang. Jodoh tak selalu bersama cinta. Itu aku pelajari daripada perjalanan hidup aku sendiri.


Aku akan sentiasa merindui, kerana rasa rindu itu lumrah untuk setiap manusia. Mungkin kau meluat dengan coretan aku kali nie. Terpulanglah untuk menilainya. Aku hidup bukan semata-mata nak gembirakan hati orang lain. Aku hanya menjadi diri aku sendiri. Apapun yang terjadi, teruskan berjalan. Hidup perlu diteruskan. Selamat sejahtera kawan-kawan. Aku doakan kita ditemukan dengan jodoh yang sebaiknya, yang dapat membimbing hingga ke Jannah. Amin. 

No comments:

Post a Comment