Monday, December 3, 2012

Pendam Rasa

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar kalian? Harap semuanya sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Aku, alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi milik Allah nie. Syukur. Berbalik pada tajuk, aku nak tanya. Ada tak antara korang yang selalu kena blame, even bukan salah korang pun? Kalau ada, samalah kita. Jom jadi geng, haha !

Okay, actually aku bukan nak buka pekung di dada. Tapi aku nak meluahkan isi hati aku. Yang dah lama aku dok pendam-pendam. Sampai memamah diri sendiri dah sekarang. Maybe ada yang dok kata aku nie kuat terasa hati sangat. Aih, dah nama manusia biasa. Surelah akan ada rasa kecik hati, walau sebesar mana pun.

Aku sedih bila orang sedap-sedap kata aku nie tak sayang budak-budak. Mungkin hakikatnya aku kasar, ye memang aku kasar ngan budak-budak. Tapi bukan bermakna aku tak sayang. Berair jugaklah mata bila orang sesedap mulut kata macam tue. Aku dah lama tanggung semua nie, aku sabar even kengkadang aku menjawab jugak. Ang jangan main-main, aku diam aku pendam, sampai masa aku buka mulut, semua orang terasa.

Tak kisahlah apa pun tanggapan korang pada aku. Semua orang buat salah, nama pun manusia. Aku dah lama sibuk menjaga hati orang weh, hati aku depa takda kisah pun. Orang kata aku gemuk, hodoh semua, aku senyum je. Dan aku menjawab, kau tau sendirilah. Bukan apa, kau kutuk orang gemuk, kau tengok diri sendiri, anak kau semua. Yes, aku memang berdendam. Sebab aku dah lama memendam. Dari zaman aku kecik-kecik lagi. 

Nie aku tengah kecik hati, sampai nekad malas nak makan malam. Aku makan biskut beras je, kenyang dah.  Bukan niat menyeksa diri, tapi aku memang hilang selera makan. Aku sedih, sedih sesangat. Mentang-mentang aku yang sulung, aku cucu sulung, semua kena tempias kat muka aku dulu. Sabar jela dengan orang macam nie. Nak je aku lari, biar aku sendiri-sendiri. Kang masuk paper pulak. " Seorang Alumni UiTM Dungun menghilangkan diri selepas majlis graduasi selesai". Haaa, amik kau alumni gittuw. 

Okaylah, sampai sini coretan aku. Nak berfacebooking pulak. Bubyezzzz!

*Jangan pendam-pendam, nanti jadi badak berendam. Puihhh!

No comments:

Post a Comment